


Program Sijil Perikanan?
Program Sijil Perikanan merupakan salah satu program pengajian yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perikanan
meliputi semua sub-bidang secara teori dan praktikal.
Dengan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan atau meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Antara lain program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan perikanan tangkapan, akuakultur, perikanan darat, pengendalian dan pemprosesan ikan serta produk berkaitan perikanan
serta aspek biosekuriti dan amalan baik.
Keperluan Kerja
Mengeluarkan graduan sektor perikanan bagi memenuhi tenaga kerja sektor kerajaan dan swasta.
Daya berfikir
Melahirkan graduan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan.
Kemahiran Khusus
Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan.